PERPADUAN
Seindah bait puisi
Mengalun irama ketenangan
Menyingkap makna kebersamaan
terpintal bebenang kesatuan
pada hati warga bertulangkan perpaduan
mewarnai denai-denai
didada bumi tercinta
sejarah mengajar erti persafahaman
kuntuman debunga mengembang harum
keharuman menyebar pasti
setiap lembah dan selat
nadinya adalah persefahaman
Bermukimlah didada warga
kerongsang cinta pada perdamaian
menongkah transfomasi sandaran bangsa
banir-banir keutuhan berpadu
melakar makna perpaduan
Terukir tekad dan harapan
Membajai setiap isi bumi.
Tersisip kukuh didinding waktu
Terukir padu dihati setiap warga
Kerana disini darah tumpah
Disinlah limpahan cinta
Di bumi kita malaysia
Ciptaan
Junaidah (SMKTULID)
Penyajak
Leazerinus Harris
Jety peter
No comments:
Post a Comment